Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Australia berkata bahawa mereka berusaha untuk meneruskan Perjanjian Kerjasama Trans-Atlantik (TPP) tanpa Amerika Syarikat.
Menurut laporan, kerajaan Australia mengusulkan formula baharu terhadap perjanjian itu yang dikenali sebagai 'TPP 12 campur 1 di mana Perdana Menteri Michael Turnbull berkata bahawa negaranya sedang sibuk berbincang dengan negara-negara ahli yang lain termasuk Jepun, New Zealand dan Singapura dalam rangka menyelamatkan perjanjian tersebut.
"Wujud kemungkinan bahawa polisi A.S akan berubah mengikut masa sebagaimana perkara ini berlaku di dalam perjanjian yang lain," kata Turnbull di Canberra. Beliau juga menambah dengan mengatakan bahawa Setiausaha Negara A.S dan para anggota Republikan menyokong perjanjian tersebut.
Sebelum itu, pada hari Isnin, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandantangani sebuah arahan untuk memulakan proses pengunduran negara itu daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPP). TTP adalah salah satu daripada polisi utama pentadbiran Obama.
Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik yang merangkumi 40 peratus daripada ekonomi global sebelum ini ditandatangani oleh Australia, Brunei, Kanada, Jepun, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan A.S.
24 Januari 2017 - 18:31
News ID: 807057
Australia berkata bahawa mereka berusaha untuk meneruskan Perjanjian Kerjasama Trans-Atlantik (TPP) tanpa Amerika Syarikat.